Hikmah Kejadian Lelaki

Secara fitrahnya setiap lelaki dicipta memiliki sifat perkasa dan penuh pertanggungjawaban berbanding wanita. Kuasa memimpin serta mengurus rumahtangga terpikul kemas dibahunya. Akal pemikiran yang berpandukan Cahaya Ilahi menjadi petunjuk dalam perjalanan hidup penuh onak duri.

Mengkaji kejadian serta kelemahan diri sendiri merupakan amalan mulia dan terpuji. Seterusnya memperhambakan diri kepada Yang Maha Esa dengan memperbanyakkan amal ibadat setiap masa dan ketika. Kejernihan hati nurani serta budi pekerti yang luhur menjadi benteng dalam mengharungi bahtera hidup ini. Perintah Allah dan sunnah Rasul menjadi pelita kehidupan dan pegangannya.

1 comments:

Anonymous | February 5, 2009 at 11:12 PM

hidup Nizar!! selamatkan perak dari pengkianat dan petualang negara!! ( maaf komen tiada kaitan dengan artikel.

Post a Comment